diumenge, 16 d’agost del 2015

Ketahui 9 Khasiat Hebat Kimchi Untuk Kesihatan

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang popular di seluruh dunia. Makanan ini hasilkan dengan mencampurkan kobis yang dihiris nipis dengan bahan seperti garam, cuka, bawang putih dan serbuk cili sebelum disimpan di dalam balang untuk dijadikan jeruk.

Tahukah anda bahawa kimchi adalah baik untuk kesihatan? Berikut adalah 9 khasiat hebat kimchi yang harus anda tahu.

1. Mengandungi probiotik
Seperti dadih, kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

2. Menurunkan kolestrol
Bawang putih dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang berkesan membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga membantu menurunkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular lain. Ini adalah kerana allicin dan selenium berfungsi menghalang mendapan plak pada dinding arteri.

Kimchi yang dihidang dalam pinggan
Kimchi yang dihidang dalam pinggan [Sumber]

3. Memastikan tumbesaran yang sihat dan penglihatan yang baik 
Kaya dengan vitamin A sebagai antioksidan, kimchi boleh membantu menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu, vitamin A juga baik untuk tumbesaran embrio dan membantu mengekalkan penglihatan yang jelas dan sihat.

4. Memberi kulit wajah yang berseri dan rambut yang bersinar
Kimchi bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah baik untuk kulit wajah. Selenium dalam bawang putih dalam kimchi membantu menyihatkan kulit dan rambut, serta mengurangkan kedut wajah pada jangka masa panjang. Selenium juga adalah sebahagian daripada glutathione, bahan yang mengekalkan vitamin C, seterusnya membuatkannya lebih kuat dan efektif.

5. Menghindar kanser perut
Professor Miri Kim daripada Bahagian Nutrisi Makanan di Chungnam National University mendapati bahawa kobis China dan lobak putih dalam kimchi mengandungi bahan bio-kimia seperti isocyanate and sulfide, baik untuk menyingkirkan logam berat dalam hati, usus kecil, dan buah pinggang. Isocyanate juga telah terbukti boleh menghindar kanser perut.

Bahan-bahan untuk membuat kimchi
Bahan-bahan untuk membuat kimchi [Sumber]

6. Melambatkan penuaan
Tidak hairanlah jika orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan muda. Kimchi yang telah dijeruk selama 2 minggu mengandungi antioksidan yang mampu menurunkan kadar penuaan pada kulit, selain boleh mengurangkan oksidasi sel. Ini menjadikan anda kelihatan ceria dan tenang walaupun mengalami tekanan.

7. Membantu penurunan berat badan
150 gram kimchi cuma mengandungi 40 kalori. Selain itu, kimchi juga boleh menggalakkan metabolisma karbohidrat dan membantu menurunkan berat badan. Capsaicin yang terdapat dalam cili dalam kimchi meningkatkan kadar metabolisma, menyebabkan anda menggunakan lebihan tenaga dalam badan, seterusnya meningkatkan kadar penurunan berat badan.

8. Menghalang ulser peptik
Ulser peptik secara umumnya berpunca daripada Helicobacter pylori, sejenis bakteria yang ada dalam perut. Kimchi mengandungi leuconostoc mensenteroides yang menghasilkan dextrin, bahan penting yang menghentikan pertumbuhan bakteria Helicobacter pylori dalam badan.

Kimchi yang dijeruk dalam balang kaca
Kimchi yang dijeruk dalam balang kaca [Sumber]

9. Meningkatkan daya tahan badan
Professor Rina Yu daripada Bahagian Makanan dan Nutrisi di University of Ulsan mendapati bahawa kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa.

Tahukah anda? Kimchi dimakan setiap hari oleh orang Korea, sehingga lebih 20 kilogram setahun setiap seorang, dan apabila orang Korea bergambar atau berselfie, mereka menyebut "Kimcheeee!" dan bukan "Cheese!" seperti di barat?


Sebarang pertanyaan/order, hubungi saya:

Debbie Elara
SID 1107197
WA/SMS: 012-3940017 | debbietehin@gmail.com
Poslaju/GDex: Seluruh Malaysia
COD: Kuching | Bayaran: CIMB, MBB

facebook page google plus instagram pinterest twitter tumblr

Cap comentari:

Publica un comentari a l'entrada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...